Blogger Backgrounds

Sunday

Hari ini sudah masuk bulan April dan saya masih mencari kerja, hehe... bukan apa saya cuma nak post pasal cerita yang saya minat je bukan pasal kerja... dulu saya tak minat tengok cerita Korea, tapi sekarang saya dah boleh dab tergila-gila cerita Korea :).. dulu cerita Inggeris saya tak tahu sangat , tapi sekarang dah tahu sikit-sikit, kalau setakat Titanic tu tau lah tapi tak minat sangat dan saya tak kategorikan ia cerita yang best pon.. sebab bagi saya ada lagi yang best.hehe.. tengoklah carta pilihan hati saya :) Cerita Korea
Anda tahu kan cerita apa dekat gambar ni? mestilah Secret Garden. cerita dia memang best gila dan lawak sangat-sangat.. pelakon dia pon hebat-hebat juga seperti Hyun Bin dan Ha Ji Won. lagu untuk drama ni pon best-best tapi yang saya minat sekali lagu That Man oleh Hyun Bin, yang ada dekat blog saya ni, hehe.. drama ni lah yang buat saya terus jatuh hati kepada cerita Korea,hehe.. gamsahabnida(terima kasih) buat saya tertarik dengan drama ni :)
Cerita Inggeris atau Omputih
*memang saja je ambil wallpaper yang ada muka Edward Cullen* Nampak gambar dekat atas ni mesti tahu kan cerita apa? mestilah Twilight.. tak kisah lah Twilight apa pon yang penting ia tetap Twilight dan Robert Pattinson yang berlakon,huhu.... cerita ni jugak lah yang buat aku baru tahu cerita Inggeris, hehe... aku rasa dalam banyak-banyak cerita omputih yang aku minat, Twilight lah yang buat jiwa aku tergila-gila dekat cerita ni, hehe.. mana tak nya dahlah pelakon dia HENSEM, tengok pon dah cair dengan mata, hidung, mulut yang cantik.. perempuan mana tak cair kan, hehe... biasalah cerita omputih ni tak lengkap kalau tak de adegan tuuutttttt kan, tapi tak apa sebab saya dah 18 tahun dan boleh tengok, huhu.. cerita ni memang terbaiikk bagi saya lah :)
Itu sahaja yang saya nak post ni, sekian terima kasih.. dah pukul 1 lebih ni nak tiduq mengantuk, esok-esok saya post lagi..bye-bye